KARLISA TRAVEL SATUN

KARLISA TRAVEL
KARLISA TRAVEL

TRAVEL SATUN  ( https://satunsiam.blogspot.com/ ) adalah blog rasmi untuk Karlisa Travel.
Pejabat Karlisa Travel beralamat di CJS Satun 406, No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam , Amphore Langu ,
Changwat Satun, Thailand 91110 .

Lokasi Google maps : https://goo.gl/maps/bTQ5T3X7Spy

Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948

Whatsapp : +6688 755 3209
https://wa.me/66887553209

Email : karlisahalim@gmail.com

PERKHIDMATAN KAMI

1. CJS SATUN 406 - Kedai Cenderamata

2. CJS SATUN 406 - Ala Carte Cafe

3. CJS SATUN 406 - Karlisa Travel

4. CJS SATUN 406 - Karlisa Homestay

Kedai Cenderamata

Kami menjual T- Shirt, Magnet Peti Sejuk, Rantai Kunci, Topi, Skaf Banana dan lain-lain.

Ala Carte Cafe

Kami menjual teh, kopi, minuman panas sejuk dan makanan ringan

Karlisa Travel

Karlisa Travel menyediakan perkhidmatan perlancongan sekitar Wilayah Satun.
- sehari snorkeling ke Koh Bulone
- sehari snorkeling ke Koh Lipe
- Sehari berkayak laut ke Koh Khao Yai
- Sehari berkayak sungai
- menjelajah Gua Arai Thong, Pantai Rawai, Kebun Bunga Matahari, Air Terjun Wang Saithong,
  Gua Phu Pha Pet dan tempat-tempat perlancongan sekitar Wilayah Satun menurut permintaan pelancong.
- Tempahan tiket feri ulang alik ke Koh Lipe
- Tempahan hotel dan penginapan di sekitar Pak Bara
- Tempahan jamuan makan tengahari ala kampung Satun dengan bajet yang minimum.
- Tempahan jamuan malam dan BBQ
- Perkhidmatan pemandu pelancong
- Perkhidmatan menguruskan XPDC memancing ke Koh Adang ( Yang Berlesen Sah )

Karlisa Homestay
- Sebuah homestay tiga bilik yang boleh memuatkan dari 10-15 pengungjung semalam, mengikut keselesaan anda.

Perkhidmatan kami mengikut bajet yang anda mampu.
Dengan melanggan perkhidmatan kami, anda telah bersama-sama kami, memartabatkan Bahasa Melayu di Satun.

Ikuti Kami di FACEBOOK 

1. Facebook: CJS SATUN 406

2.Facebook : Karlisa Travel

Travel Satun

Travel Satun adalah sebuah laman blog info tentang Wilayah Satun.
Anda boleh lawati di https://satunsiam.blogspot.com/


TRAVEL SATUN
travel satun
TRAVEL SATUN DI ASASKAN OLEH CIKGU JOE SATUN sinonim dengan pengembara motosikal,kereta atau 4 x 4 ke Thailand. Banyak membantu mereka yang terkandas dan menghadapi kemalangan di Thailand. Seorang guru sukarela yang mengajar Fardu Ain dalam bahasa melayu di Satun Thailand. Mengusahakan aktiviti perlancongan secara kecil kecilan bagi kesinambungan meneruskan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu di Satun Thailand. Seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja yang bertemu dengannya. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp +66887553209 Facebook: Cjs Karlisa Latisya Page FB : Cikgu Joe Satun

Berkayak Ke Koh Khao Yai

Koh Khao Yai , Pak Bara, Satun, Thailand.
Cuma 3km dari Jeti Pak Bara.
Akitivi laut sambil berkayak menyusuri masuk kedalam sebuah bukit yang kosong didalamnya.
Anda mungkin tidak percaya,pemandangan sebuah bukit dari luar dan didalam sebuah doom atau umpama sebuah stadium.
Karlisa Travel ada menyediakan pekej setengah hari ini.
Jumlah pelangan tiada had.
Harga bagi warga Thai Thb800/org
Harga bagi warga asing Thb1000/org
( termasuk cukai taman negara )
Pakej ini termasuk
Tambang bot panjang
kayak
makanan
insuran
tour guide ( geo park )
Anda Boleh whatsapp ke +66830948948 ( Karlisa )

Page: Karlisa Travel


Koh Khao Yai, Pan Yot , Pak Bara, Satun
Koh Khao Yai, Pan Yot , Pak Bara, Satun

Koh Khao Yai, Pan Yot , Pak Bara, Satun
Koh Khao Yai, Pan Yot , Pak Bara, Satun

Koh Khao Yai, Pan Yot , Pak Bara, Satun
Koh Khao Yai, Pan Yot , Pak Bara, Satun

Polisi Dan Risiko Sewa Motor Di Thai

CJS Satun 406
Sewa Motor Di Thai Risiko Dan Polisi

Sewa Motor Di Thai Risiko dan Polisi aku dah tulis dua kali. Tulis dalam FB orang susah nak rujuk. Ni aku post kat blog.

1. SEWA MOTOR DI THAI

Kekadang aku syok baca, geng budak-budak travel posting dengan bangganya depa dapat sewa motor di Thai, serendah Thb100/hari.

Betullah memang murah kalau tak accident. Tapi bila accident kena pula hangpa yang salah. Maka siaplah duit.
JANGAN KATA KENA PAU.

Bahawasanya motor sewa tersebut cuma ada insuran Por Ror Bor atau Compusory.
Oleh itu, hangpa kena tanggung :-
( anggap hangpa salah )

1. Kos kerosakkan kenderaan yang terlibat.
2. Kos kerosakkan motor sewa.

Oleh itu, pastikan motor sewa itu ada voluntary insuran 1st class atau 2 nd class. Insuran itu cover motor sewa dan kenderaan yang terlibat.

Jika voluntary 3rd class, anda kena repair motor sewa dan insuran cuma cover kenderaan terlbat.

Oleh naik tuk tuk atau motor tambang. Risiko sangat kecil.

REFER : http://englishnews.thaipbs.or.th/road-accidents-involving-foreign-tourists-using-rented-motorbikes-rise-pai/

FAHAM KOT NOOOH.
tak faham, lantak lah.

2. POLISI SEWA MOTOR DI THAILAND

Contoh Surat Sewa Motor di Siam.
Thb300 x 2 buah per day.
Hangpa baca dak polisi dia.
Hangpa tau dak, kalau accident hangpa kena bayar gantirugi motor dan kenderaan yang hangpa langgar.

Hangpa tau dak risiko yang hangpa kena tanggung , jika berlaku kemalangan.

Hangpa tau dak passport kita tak boleh buat " CAGARAN ".

Toksah cari pasai la. Naya satgi.

BLOG CIKGU JOE SATUN

Baca polisi dibawah.
CJS Satun 406
Polisi Sewa Motor Thai

I AM SEPUPU CJS SATUN 406

CIKGU JOE SATUN : I AM SEPUPU

BLOG CIKGU JOE SATUN

Sempena Hari Malaysia akan datang Cikgu Joe Satun akan melancarkan T-Shirt " I AM SEPUPU " bagi mengenang jasa Sahabat Sahabat CJS yang banyak membantu aktiviti aktiviti memartabatkan Bahasa Melayu di Satun Thailand.

Size S,M,L,XL,2XL dan 3XL akan dijual dengan harga THB350/helai.

Pembelian anda semua adalah kesinambungan meneruskan perjuangan dan kehidupan di Satun.

Bak kata AHLI NUJUM NEGARA : Senang Aku Senang Jugalah Hangpa.
Boleh Tara tu.
#cikgujoesatun

Cikgu Joe Satun I AM Sepupu


CJS SATUN 406 Pit Stop

CJS Satun 406,  cafe, kedai cenderamata, Karlisa Travel dan Homestay milik cikgu joe satun.

Lokasinya di
CJS SATUN 406
4052, Pak Nam, La-ngu District, Satun 91110
088 755 3209

https://goo.gl/maps/DRq4m2pg58r

Anda boleh singgah disini untuk melepaskan lelah sebelum ke destinasi seterusnya.

Sila hubungi
Whatsapp atau kol ke
1. +66887553209 pejabat

2. +66864706211 CJS

3. +66830948948 Karlisa

Email : karlisahalim@gmail.com

BLOG CIKGU JOE SATUN


Kedai CJS SATUN 406

PEMBUKAAN CJS SATUN 406 Cafe Boutiqe Homestay Karlisa Travel di Ban Pak Bara, Tambon Pak Nam, Amphore Langu, Changwat Satun, Thailand.

https://goo.gl/maps/Q6Qd9z4bw3u

Klik Link Tertera. Dari Wang Kelian Border 65KM sahaja.

Kami menawarkan Perkhidmatan seperti :-

1.Cafe santai untuk berehat. Menu seperti Teh dan Kopi Thai. Makanan ringan seperti Daging Bakar,Ayam Bakar dan sate Thai juga makanan ringan.

2. Kemudahan menempah penginapan hotel disekitar Pak Bara.

3. Kemudahan menempah tiket feri ke Koh Lipe.

4. Disamping itu Syarikat kami, KARLISA TRAVEL menyediakan perkhidmatan perlancong di sekitar Pak Bara dan Wilayah Satun.
Anda boleh dapatkan Info Menarik Disini dan juga DISINI.

5. Kami bakal membuka sebuah HOMESTAY 3 bilik Berhawa Dingin bagi pelancong yang merancang percutian Bajet. Sebuah HOMESTAY boleh memuatkan 10 - 15 dewasa campur kanak-kanak. Jika DEWASA 10 orang cukup selesa.

6. Di Cafe kami, ada juga menjual barangan cenderamata seperti baju T ( CJS SATUN 406, I AM SEPUPU )

Kami berharap sokongan anda semua dapat merealisasikan impian kami membina sebuah perniagaan yang dapat membantu RAKAN RAKAN MALAYSIA bercuti dengan kos jimat. Disamping itu dapat meringankan kewangan kami bila keluar membantu rakan-rakan Malaysia yang ditimpa MUSIBAH di Selatan Thailand.

CJS SATUN 406 WUJUD KERANA KASIH SAYANG RAKAN RAKAN DARI MALAYSIA.

InsyaAllah 16hb September 2018. Anda dijemput Hadir

BLOG CIKGU JOE SATUN



Kategori

Lokasi CJS Satun 406

Kategori